Mee Hiris, Mee tradisional China Muslim yang istimewa ialah salah satu mee yang terkenal di golongan China Muslim di China Utara. Prosedur menyediakan hidangan ini adalah mengaulkan bahan-bahan dan tepung hingga menjadi doh, angkat doh dengan tangan kiri , guna pisau lengkung menghiriskan doh ke dalam air yang mendidih, keluarkan mee hiris selepas masak. Selepas itu , masukkan daging ketulan dan perasa makanan. Mee Hiris ShanXi Datong adalah mee hiris yang paling terkenal. Mee Hiris menjadi terkenal dengan rasa unik. Mee ini dinamakan mee hiris kerana mee dipotong dengan cara hiris. |